Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Lilypie 1st Birthday PicLilypie 1st Birthday Ticker

Lilypie Next Birthday PicLilypie Next Birthday Ticker

Saya rasa macam jumpa permata yang tidak ternilainya bila saya membeli buku 2nd hand ni dari paylessbook. Cuma RM5 tapi isinya padat dengan segala macam panduan Child Care untuk Tahun yang Pertama. Ianya seperti Kamus dan Ensiklopedia.

 

Payless Books memang menawarkan buku-buku yang berkualiti pada harga yang sangat rendah. Untuk maklumat lanjut, layarilah http://www.paylessbooks.com.my

 

Malam pertama bawa A’aesyah pulang saya lupa betapa perlunya mempunyai segala kelengkapan menukar lampinnya “close by”.

 

Mana tidaknya, dengan situasi diri yang mengantuk, sudah tentu terhuyung-hayang dan pening kepala juga dibuatnya bila terpaksa mencari kelengkapan menukar lampin pada jam 2 atau 3 pagi.

 

Maka akal kreatif saya menghasilkan apa yang saya panggil “Peralatan “Superforce” Menukar Lampin” yang bukan sahaja mobile tapi lengkap dengan semua yang saya perlu dengan mudah.

 

Idea Peralatan “Superforce” Menukar Lampin datang dari Peti Rawatan Kecemasan yang ada di rumah ibubapa saya. Saya isi dengan segala macam yang saya anggap perlu dan PENTING pada saat Kecemasan seperti yang saya katakan sebelum ini.

 

Malah, saya improvise dengan meletakkan juga barangan keperluan selepas mandi untuk memudahkan kerja saya.

 

Peralatan “Superforce” Menukar Lampin mengandungi :

  • Penyembur air kecil

  • Tissue tandas

  • tissue basah

  • minyak telon

  • Lampin Pakai Buang

  • Bekas Penebuk Bedak

  • Sisir atau Brush Rambut Bayi

  • Detol Sanitizer

 

Tak perlu lagi stress bila menukar lampin jam 2 pagi!!

 

Cegah Sebelum Habis Basah!

Tilam kanvas kalis air yang ber-“padding” ini sudah lama saya cari. Saya tertarik pada sisinya yang agak tinggi sedikit memberi sokongan sekiranya pada usia yang sepatutnya anak saya A’aesyah sudah pandai bergolek atau mengiring.

 

Apatah lagi kanvas kalis air itu mudah dicuci sekiranya sewaktu menukar lampin, A’aesyah masih belum “habis melakukan businessnya” 😉

 

Ternyata, masuk minggu kedua ketika mak bidan menukar lampin, A’aesyah tiba-tiba membuang air kecil. Selamat la juga, tidak payah membasuh tilam kerana setiap kali selepas mandi dan jika hendak menukar lampin saya akan gunakan tilam ini.

 

Dan apabila A’aesyah demam dan atas nasihat doktor hanya boleh dituam kerana hatinya masih terlalu awal untuk memproses ubat, tilam itu berguna sekali lagi kerana bukan sahaja mengelak dari basah seluruh tempat, tapi memberi keselesaan di saat A’aesyah tidak begitu sedap badan.

 

Coraknya yang berwarna-warni juga menarik perhatian dan tumpuan bayi dan ini dapat membantu perkembangan mindanya.

 

Pada saya, tilam ini lebih baik daripada lapik getah biru dan merah jambu dan bergelembung-gelembung kerana celah-celah gelembung agak sukar juga untuk di cuci dan kadangkala bayi kelihatan tidak selesa kerana panas.

 

Tilam kanvas kalis air ini saya dapati di Mothercare Pavillion. Selamat mencuba!

Mengandung kali ini saya tidak mahu rasa ketinggalan berfesyen yang terbatas pada pakaian mengandung berupa dress panjang sahaja. Mungkin kerana kadangkala saya mahu berasa santai dan fesyen mengandung berupa dress agak terlalu formal dan terbatas.

Jika ibu-ibu mahu berbelanja lebih sedikit, dapatkan sepasang seluar jeans mengandung atau maternity jeans yang boleh dipadankan dengan blouse atau t-shirt materniti.

Masuk bulan ke 5, pencarian sepasang jeans materniti telah membawa saya ke Dorothy Perkins di Pavillion. Bahagian perut diperbuat dari kain yang memberi seterusnya di cantum pada bahagian pinggul. Rakan-rakan sekerja agak hairan bagaimana dengan perut memboyot (anak saya A’aesyah ketika dilahirkan beratnya 4.11kg, jadi perut saya memang besar!) saya masih mampu mengayakan jeans.

 
Pencarian t-shirt maternity pula membawa saya bukan saya ke Dorothy Perkins di Pavillion, malah MotherClub di Sogo dan butik kegemaran saya Nine Months juga di Pavillion.

Dalam banyak-banyak pilihan tu, saya paling suka rekaan dari Nine Months, mungkin kerana saya bertudung ) lengan t-shirt panjang dan di perbuat dari kain lycra yang lembut.


Pusat Fashion Bintang (saya kunjungi cawangan mereka di Tesco Ampang) juga menyediakan blouse yang dipadankan dengan seluar separa bergetah cerut. Bukan sahaja selesa malah murah.

So tips saya kali ini, tak semestinya jika kita mengandung kita terbatas. Pada saya, keselesaan, terutama pada akhir-akhir tempoh kandung atau cuaca yang panas dan kadangkala merengsakan (especially since dress mengandung kadangkala dibuat dari kain nylon yang kurang selesa) amat penting.

*DISCLAIMER – Ruangan ini tidak akan menjawab pertanyaan peribadi berkenaan maksud nama yg di hantar menerusi komen. Hanya jika kebetulan ada hamba Allah yang mengetahui maksudnya, mungkin akan di tulis di ruang komen artikel ini.

Terbaru : maksud-maksud nama yang pernah ditanya oleh pengunjung blog

Sabda Nabi yang telah diriwayatkan : “Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari Qiamat nanti dengan nama-nama kamu, oleh itu perelokkanlah nama kamu”.

Ketika mengandungkan Aliya, genap kandungan usia 5 bulan saya telah bermimpi bertemu arwah atuk sebelah ibu. Arwah atuk memang rapat dan terkenal kerana kearifannya tentang hal-hal agama.

Dalam kabur-kabur mimpi saya itu saya terlihat ruang tamu rumah pusaka di Parit Separap Batu Pahat. Saya telah di bawa ke satu sudut di mana meja tulis arwah atuk berada. Ditunjuknya sekeping kertas putih.

Di atas kertas putih tertulis dalam tulisan jawi –

Lantas melekatlah nama Aliya Maisarah itu sejak anak sulung saya berusia 5 bulan dalam kandungan.

Pada saya, mimpi itu bagaikan satu rahmat. Saya tidak pernah merujuk mana-mana buku atau bertanyakan pada sesiapa. Hinggalah pada ketika bonda berjumpa cucu pertamanya, dia menitiskan airmata.

Katanya:- Pada kebiasaan, pada Sembahyang Hari Raya, rakaat kedua di bacakan surah al-Ghasyiyah. Nama yang telah saya pilih mengikut mimpi itu adalah sebahagian dari ayat kesepuluh. Nama bonda pula (marfo’ah) adalah pada ayat yang ketigabelas.

dalam syurga yang tinggi (88:10)

Di dalamnya ada takhta-takhta yang ditinggikan(88:13)

Bezanya, anak saya “yang tinggi’ dan bonda saya “yang ditinggikan”. Pada kami, suatu rahmat yang tidak terhingga.

PANDUAN MENAMAKAN BAYI ANDA
(Nasihat 14 Perkara)
1. Sekadar Nama

Nama-nama yang panjang bukan sahaja merumitkan proses menulis nama-nama tersebut, malahan menyukarkan untuk orang lain menyebutnya. Seterusnya, yang menyebabkan panggilan jolokan seperti penggunaan hujung nama tersebut yang lebih mudah walaupun tidak mempunyai maksud langsung dalam bahasa Arab mahupun bahasa Melayu. Kejadian-kejadian seperti ini boleh membuat tidak puas hati di kalangan yang empunya nama. Oleh kerana itu, eloklah kita memberikan nama yang mempunyai maksud yang balk dalam agama kita, daripada kita membuta tuli memberikan nama yang kita fikirkan sedap didengar untuk anak-anak kita.

2. Kebangsaan

Kita mengetahui bahawa agama Islam adalah agama universal, tetapi kita boleh perhatikan bahawa negara-negara Islam lain di seluruh dunia mempunyai identiti sendiri menamakan anak-anak mereka, baik di Arab Saudi, India, Indonesia, Malaysia, Bangladesh, mahupun di negara China. Sekiranya anda ingin memberikan nama yang berbau kemelayuan atau kenegerian seperti Siti, Seri, dan Daeng, pastikan ia tidak sukar untuk disebut atau ditulis yang boleh menyebabkan masalah kepada anak anda nanti.

3. Keagamaan

Dalam agama Islam, Rasulullah (s.a.w.) telah menganjurkan supaya kita memilih nama yang balk untuk anak-anak kita. Sabda Nabi yang telah diriwayatkan : “Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari Qiamat nanti dengan nama-nama kamu, oleh itu perelokkanlah nama kamu”.

4. Jantina

Kita bersyukur kerana ramai antara kita tahu membezakan antara nama-nama lelaki dan perempuan. Tetapi ada sesetengah yang kurang bernasib baik mempunyai nama-nama berlainan jantina seperti Mazrin atau Norulhuda, untuk lelaki dan sebaliknya Mahfuz atau Hanis, untuk perempuan. Akhirnya, anak-anak lelaki akan Iebih berasa tertekan atau diejek apabila mereka disangka perempuan daripada anak-anak gadis yang disangka lelaki. Walaupun begitu ada nama-nama yang boleh digunakan oleh kedua-dua jantina tersebut seperti Azizi dan Noor. Dan ada juga menambah nama-nama awalan seperti Muhammad (lelaki) atau Nurul (perempuan).

5. Berapa Nama

Tiada undang-undang di negara kita yang menghadkan kita untuk meletak berapa banyak atau berapa panjang nama untuk anak-anak kita. Pastikan nama anak anda tidak terlalu panjang yang menyukarkan mereka sendiri nanti untuk mengisi borang-borang pekerjaan atau sebagainya. Dan yang paling sedih sekiranya ada anak-anak gadis yang bernama panjang yang sukar untuk bakal suami mereka menyebut ketika majlis akad nikah nanti. Jangan salahkan bakal menantu anda ataupun tok kadi, sekiranya akad nikah anak gadis anda diulang beberapa kali!

6. Sebutan Glamor

Nama-nama yang panjang biasanya menyukarkan untuk orang lain menyebut dengan betul. Kesukaran yang paling ketara apabila mereka mahu menyebut nama tersebut dengan kerap. Mempunyai nama-nama yang sebutannya sedap didengar dan glamor boleh membuat seseorang itu berasa bangga, tapi ia juga akan membuat yang empunya nama berasa tertekan.

7. Kemasyhuran Nama

Nama-nama popular yang digunakan seperti Muhammad, Ali, Ahmad, Siti, ataupun Nurul membuatkan anak-anak anda berasa seperti orang kebanyakan, kerana mereka berasakan seperti berkongsi nama dengan yang lain. Walau bagaimanapun, nama-nama yang jarang kita dengar akan membuatkan anak-anak kita berasa terasing kerana ia berbunyi pelik dan ganjil.

8. Keunikan Nama

Pernahkah anda membelek buku telefon dan mencari nama seseorang seperti Ahmad Hassan? Anda mungkin tidak dapat mencarinya tanpa melihat alamat beliau. Ada sesetengah ibu bapa memberi nama yang unik seperti Jalwa atau Difun yang akan menyebabkan orang lain kurang memberi perhatian kepada mereka.

9. Nama Panggilan

Kebanyakan nama dipendekkan atau diberikan jolokan ketika mereka masih kecil dan di zaman remaja. Contohnya, Syamsuddin mungkin dipanggil Sam ketika kecil, Din ketika remaja, dan Sudin ketika memasuki universiti. Jadi jika anda tidak mahu anak perempuan anda dipanggil Sam, jangan namakan mereka Syamsiah.

10. Makna

Kebanyakan kita tidak tahu makna ataupun erti nama kita sendiri, dalam bahasa Melayu mahupun bahasa Arab. Tetapi kebanyakan nama-nama ada makna dan anda sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, pastikan anda tahu makna nama-nama tersebut sebelum menamakan anak anda. Nama yang berbunyi pelik, kelakar, memalukan, dan menjijikkan kemungkinan besar tidak memberi kesan kepada masa depan anak-anak anda. Tetapi jika anda mempunyai pilihan, nama-nama yang mempunyai makna yang baik akan membuat anak-anak anda bersyukur dan berterima kasih dengan pilihan anda.

11. Pertukaran Nama

Mengikut Akta Jabatan Pendaftaran Negara, anda dibenarkan menukar nama anak dalam masa setahun dari tarikh pendaftaran. Selepas itu, anda dibenarkan membuat tambahan ataupun alias @ tanpa membuang nama asal anak anda. Pastikan anda memeriksa dahulu bakal nama yang anda pilih, walaupun pertukaran boleh dibuat, bukankah itu merumitkan?

12. Rujukan

Banyak buku-buku rujukan nama terdapat di pasaran, tetapi kebanyakan buku-buku tersebut hanya menggambarkan sesuatu golongan ataupun pilihan pihak tertentu. Pastikan anda mempunyai beberapa buku rujukan, ataupun bertanya dengan rakan-rakan yang lebih berpengetahuan dari segi agama. Dan yang paling penting, pastikan anda tahu makna dan juga ejaan dalam bahasa Arab yang asal.

13. Tajul Muluk

Apakah itu Tajul Muluk? Sekiranya kita bertanya orang-orang tua ataupun datuk-datuk kita, kebanyakan mereka menggunakan buku rujukan ataupun kitab-kita lama, seperti kitab Tajul Muluk. Tajul Muluk ada!ah sebuah kitab yang menceritakan dan memberi anda petua seperti menamakan nama bayi yang baru lahir ataupun bilakah hari yang elok untuk mendirikan rumah dan sebagainya. Dalam zaman teknologi yang senba canggih ini, kitab-kitab seperti itu sudah lama kita lupakan. Walau bagaimanapun, anda tidak bersalah atau berdosa sekiranya anda tidak menggunakan kitab-kitab tersebut.

14. Pilihan Siapa

Siapa yang sepatutnya memiIih nama-nama anak kita? Pilihan ibu, bapa, datuk, alim ulama ataupun pilihan anak-anak kita sekarang? Biasanya anak sulung menjadi mangsa bilamana ibu dan bapanya memiIih untuk menggabungkan nama mereka. Pernahkah anda terjumpa kawan anda yang bernama Yuziah -kacukan nama ibu (Fauziah) dan nama bapa (Yusuf)? Sesiapapun boIeh memiIih, selagi nama tersebut mempunyai maksud.

dipetik dari Nama-nama Melayu Islam – Abdul Ghani Hj. Masrom (cetakan kedua 2003)

 

Ibubapa baru pastinya agak gementar bila tiba masa untuk memandikan bayi.

Namun penemuan saya di Kompleks Sogo – Bahagian Barangan Bayi ini amat berguna sekali. Tub Mandi ini memberi rasa secure ketika memandikan bayi kerana mempunyai tempat untuk “menyangga” – support tangan kita. Tempat baringan ini amat bagus sekali.

Disebelahnya pula, tempat duduk khas bagi bayi atau toddler yang sudah mampu duduk dengan sendiri.

Walaupun agak mahal sedikit dari tub biasa, bagi saya feeling secure lebih penting dan sudah semestinya ini lebih bernilai dari wang itu sendiri.

Saya dapati lebih mudah membasuh botol susu bayi menggunakan Liquid Cleanser ini. Ianya selamat dan tidak mempunyai bahan rensa yg membahayakan bayi. Malah, kesan lemak susu tepung mudah hilang dan botol susu berbau fresh.

Pureen Liquid Cleanser ini juga boleh digunakan untuk membasuh mainan kanak-kanak dan sayur-sayuran atau buah-buahan.

Cleanser ini saya jumpa di Guardian Pharmacy.