Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Posts Tagged ‘Mothercare’

Cegah Sebelum Habis Basah!

Tilam kanvas kalis air yang ber-“padding” ini sudah lama saya cari. Saya tertarik pada sisinya yang agak tinggi sedikit memberi sokongan sekiranya pada usia yang sepatutnya anak saya A’aesyah sudah pandai bergolek atau mengiring.

 

Apatah lagi kanvas kalis air itu mudah dicuci sekiranya sewaktu menukar lampin, A’aesyah masih belum “habis melakukan businessnya” 😉

 

Ternyata, masuk minggu kedua ketika mak bidan menukar lampin, A’aesyah tiba-tiba membuang air kecil. Selamat la juga, tidak payah membasuh tilam kerana setiap kali selepas mandi dan jika hendak menukar lampin saya akan gunakan tilam ini.

 

Dan apabila A’aesyah demam dan atas nasihat doktor hanya boleh dituam kerana hatinya masih terlalu awal untuk memproses ubat, tilam itu berguna sekali lagi kerana bukan sahaja mengelak dari basah seluruh tempat, tapi memberi keselesaan di saat A’aesyah tidak begitu sedap badan.

 

Coraknya yang berwarna-warni juga menarik perhatian dan tumpuan bayi dan ini dapat membantu perkembangan mindanya.

 

Pada saya, tilam ini lebih baik daripada lapik getah biru dan merah jambu dan bergelembung-gelembung kerana celah-celah gelembung agak sukar juga untuk di cuci dan kadangkala bayi kelihatan tidak selesa kerana panas.

 

Tilam kanvas kalis air ini saya dapati di Mothercare Pavillion. Selamat mencuba!

Read Full Post »